Sunday 9 October 2011

Cebisan Hati Hamba

Hati Yang Meberontak.
Bukan Seperti Air Nyaman Yang Mengalir di Kedinginan Malam,
Bukan Juga Seperti Angin Salju Yang Menghembus Tulus,
Merupakan Hati yang Perit Tersepit Di Dalamnya,
Hati Yang Terkongkong Dalam Kepompong Sengsara.


Teriakan Sayu Kalbu,
Meruntuh Keutuhan Konkrit Emosi,
Umpama Jarum Mengerat Batu,
Hanya Kerana Hati Yang Memberontak, 
Hidup Dilalui Dengan Kesongsangan.


Hati Yang Memberonsang,
Mengeruhkan Air Muka Ketenangan,
Meggelodar Dari Penjara Kemurungan,
Menggelandang Keperitan Dengan Penuh Kepedihan,
Semua Kerana Hati Yang Memberontak.


Hanya Satu Sahaja Penawarnya,
Penawar Ajaib Lagi Berkuasa,
Munajat Kepada Yang Maha Kuasa,
Jika Berkata-Nya "JADI,MAKA JADILAH",
Maka Tersingkir Segala Kepedihan,
Lantas Terhapus Segala Keperitan.


Nescaya Pada-Nya Sahaja, 
Semua Pasti Terlaksana,
Tanpa Ragu,Ayuh Kita Beriman Kepada-Nya,
Kerana Dia Adalah ALLAH YANG MAHA ESA.


             jangan sampai hati terbakar,



3 comments:

Shahrin Shahrani said...

blogger sekarang. :D

rasasayang said...

hehe,jeles le tewwwww

Anonymous said...

romantik jugak kawan aku nih....