Sunday 20 May 2012

Takyah nak main chak chak.

Assalamualaikum warahmatullah,

 Kita ingat nak main chak chak tadi kat blog kita ni, contoh nya: chak! lama tak jumpa kan! Tapi bila fikir balik mcm tebiat pulak.. HaHa. Kita bukan apa. Lama jugak tak tengok blog nie (kalau biasanya  org ckp "eh dah lama aku tak update blog, dh bersawang,berhabuk blog aku ni kan?")  Kita kan cuti.Jadi duduk rumah ni kadang-kadang rasa boring sebab tak ade benda nak buat banyak sebenarnya,buat mcm tak ada nak kerja, tengah tunggu cadbury ada kosong ke tidak.


Kenapa nak kerja?

    Mesti la, bila kerja dapat duit. Bila ada duit boleh lah berjimba jimba tu ape  haa jimba tu mcm kita nak berjoli lah. HaHa joli kita nak kemana pun, setakat beli baju, topup, makan, semua lah yang nak memuaskan nafsu duniawi ni. Bukan apa, kita ni dah besar, nak mintak duit ibu ayah selalu mintak jgn tak mintak pun malu lah jugak. Lepas utk diri sendiri okay lah, nak jalan, duit minyak sendiri ape semua, makan. Lagi satu kita target nak kerja nak buat bayar muka Myvi baru. Lawa kan? sila angguk Perancangan jelah, sebab lawa kot, nak bawak pun sedap. Plannya, kancil fortwo kita tu bagi kat adek, nnti ada duet lebih beli Myvi Lagi Best! tagline dia.
   Lagi satu kita rasa mcm menyusahkan pulak duduk rumah tak buat apa. Bila orang tanya "Ber,cuti buat apa?" kita hanya mampu jawab "Tak buat apa pun,duduk rumah je" haaa nampak tak? Mcm malu pun ada, awak tu dh besOr, kudrat pun ada, nak kata cacat, Alhamdulillah cukup semua. Kawan-kawan perempuan yg lain pun kerja. "Inikan lagi awak yg lelaki tuuu" ayat-ayat makcik2 kampung


So,tak kerja tu buat apa? Membuta letewww......

    HEYYY, ingat kita duduk rumah melenggang je ker? Tak, kita takdela menghabiskan beras je. Okay kita cerita schedule satu hari kita ye, pukul 6 cmtu bangun lah subuh eccehh awalnya konon2 then pukul 7 hantar ayah kita kerja kat Shah Alam, biasanya sampai rumah balik pukul 9, lama kan? dekat dalam kereta je dh dua jam sambil tu dgr JOHARA PAGI ERA,BESTTTT..
    So bila sampai rumah pukul 9 tu kita biasanya muhasabah diri sampai pukul 12 ke, 11 ke, ikut lah, kadang2 pergi kedai beli barang dapur tapi selalunya muhasabah diri la penat kan jem 2 jam hihihi pastu bangun sidai kain apa semua, mandi then solat zohor, makan, tengok tv ke, online ke, baca buku, then pukul 5 pergi Shah Alam balik ambil ayah. Biasanya sampai rumah maghrib sebab jem kan. So bila dh drive lama tu penat hihih. Malam mcm biasa lah lepak2 jelah. Hmm mcm tu lah hari-hari kita. Tu yg kita nak kerja. Boleh dapat duit. Duit penting kan? Money is not everything, tapi everything need money.
     Ni apa yang kita rancang la, hidup kita ni penuh dgn perancangan kan? Kita nak kerja nak dapat duet, boleh buat deposit kereta ke, nak saving ke, belanja kawan ke.hehe Antara Jadi dengan Tidak je. Kadang jadi, kadang tak jadi. Ada rezeki ada lah, takde rezeki mungkin ada lagi rezeki yang lebih besar menunggu.  
      Apa pun, kita kerja ke tak kerja ke. Solat kena jaga. Jgn tinggal. Kadang-kadang ada org tu tak kerja pun tak solat jugak, kadang-kadang ada orang tu kerja tapi jaga je solat dia. Ikut kesedaran sendiri. Kita kena jaga, kewajipan kan? Yang penting kita mengharapkan rezeki yang terbaik dari Yang Maha Perancang. Segalanya terletak pada Redha Allah.. Akhir Kalam, Jaza Kumullahu Khairan Kathira nanti kita cerita lagi yee:D



Saturday 3 December 2011

Hari Asyura

Hari Asyura?? Apa tu??
HARI ASYURA adalah hari kesyukuran yang mana Allah telah   mengangkat darjat hari ini kerana berlakunya peristiwa-peristiwa seperti :                                   

  • Diciptakan bukit-bukit,laut pada hari ini.
  • Diciptakan syurga dan neraka.
  • Diciptakan Luh Mahfuz pada hari ini.
  • Diciptakan Adam dan Hawa.
  • Allah memberi taubat kepada Nabi Adam.
  • Ditenggelamkan Firaun pada hari ini.
  • Kiamat pada hari ini.
  • Allah menerima taubat dan memberi keampunan kepada Nabi Adam setelah beratus-ratus tahun bertaubat.
  • Nabi Isa diangkat ke langit dan digantikan dengan Yahuza sebagai tanda penghormatan kepada Nabi Isa atas kekejaman Bani Israel.

dan banyak lagi peristiwa penting yang membuatkan hari ini begitu istimewa



Apa yang kite dapat kalau berpuasa HARI ASYURA?
  •  “Siapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid.
  •  Dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat.
  • Berpuasa pada hari ini dapat menghapus dosa kita setahun yang lalu seperti sabda Rasulullah S.AW  Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim no. 1975)

     Eh eh, belum habis lagi. Kita pun dianjurkan untuk berpuasa pada hari sebelum Hari Asyura tau yang dikenal sebagai Hari Tasua. Dan hikmah bepuasa Hari Tasua ialah seperti berikut=
  1. Untuk mengelak persamaan dengan orang Yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh je
  2. Sebagai penyambungan puasa dgn Hari Asyura dgn hari-hari lain sebagaimana kita dilarang berpuasa pada Hari Jumaat je.
  3. utk elakkan kesilapan perhitungan hari seperti hari kesembilan dalam kalendar tapi sebenarnya dah hari kesepuluh.
  4. Namun alasan yang paling kuat ialah untuk mengikut sunnah Rasulullah yg mahu mengelakkan persamaan dgn org yahudi dan kristian yang turut berpuasa dan menyambut hari Kesepuluh ini sebagaimana sabda Rasulullah Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan.” (HR. Muslim).
Ni la sedikit sebanyak yang boleh aku list kan, rujuklah lagi utk keterangan lebih lanjut. Pada dasarnya, Puasa di Hari Asyura sangat-sangatlah dituntut dan jika tidak memberatkan ummat baginda, nescaya akan diwajib kan. Oleh kerana khuatir memberatkan ummatnya, maka hukumnya adalah Sunnah.


Thursday 1 December 2011

Penyakit Bukan Sekadar Sakit.

Assalammualaikum pembuka bicara,


Pukul 11 mlm 30 november 2011, aku pi la tidoq awai. Konon esok kelas pagi sampai mlm, direct. Tapi bila nak tidoq tu, aku dok pusing kanan pusing kiri tak dapat tidur. Malahan, masa tu aku baru lepas dinner tau, aduh perut penuh bayangkan mcmana nak tidur. Makan pulak lauk nasi campur pagi tadi, memey memulas aa habaq ang. Baca doa tidur ayat qursi apa sume pun,tetap tak boleh tidur jugak. Pastu aku muntah, ada la dalam dua tiga kali. Itulah,makan lagi lauk pagi tadi punya, padan muka.
Tapi tak dapat tidur lagi. Badan pulak rasa sengal, tak sedap,seram seram sejuk, kepala pusing baq ang. aku pun tak tau nak ckp apa. Sejuk lagi tu. Aduh, biasala sakitkan. Pinggang , belikat, sendi semua sengal. Dia macam menekan dan bagai dicucuk jarum halus halus. agak aaa. Macam aku kena denggi dulu lah rasa dia, aku pun ada fikir nak pergi mengurut badan, yelah dari accident dulu tak urut urut lagi. Takpe lah, maybe ada masa ada rezeki nanti pandai pandai la aku carik kedai urut. Namun apa yang aku nak ckp kan bahawa penyakit itu adalah nikmat di sebalik sakit yang tidak kita sedari.
Sedarlah kita yang sebenarnya sakit itu merupakan kifarah dosa yang mana kifarah ini bertidak sebagai penghapus dosa dosa kecil dan sedarlah bahawa Allah sungguh dekat dengan orang yang SAKIT. Itulah istimewa orang sakit ni, aku baru je demam. Yang sakit kuat kuat tu, lagi besar dugaan dia.


“Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat dia sihat dan pada saat waktu senangnya.” Ujaran Rasulullah SAW tsb diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda :
"Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya." Allah memerintahkan :
  1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
  2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya
  3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.
  4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.
Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.
Namun untuk malaikat ke 4 , Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : "Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”
Allah menjawab : “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”
Dengan ini , maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”
Inilah dia hikmah di sebalik sakit kita dan yang pasti kita akan terus mengeluh dan mengeluh tatkala demam. Terkadang kita akan cakap 'kenapalah aku demam,haisssshhh' 'apalah nasib,haiiii", itu satu yg lumrah. Tidak dapat lari dari kehidupan seorang manusia untuk tidak mengeluh. Namun, dunia ini indah, akhirat lagi indah dan Allah akan sentiasa bersama kita selagi kita bersama Allah. Kuatkan Dirimu Wahai Diriku . Lambat laun sihatlah tu Insya'Allah :D


tiru macam saya,sakit pun ceria lagi:D


Monday 17 October 2011

worry

what if??

"khuatir yang sebenar seseorang itu berdasarkan kegemarannya"


Kemasyghulan Nyata

cemburu tu apa??
Cemburu

Apa ada padanya,
Sengsara, Duka, Murka, Nestapa,
Memungkinkan kita berkuasa durjana,
Durjana yang tidak ada tolok bandingnya,

Cemburu itu umpama menghiris hati,
Menabur garam luka di jiwa,
Ibarat kita menelan tuba,
Mengunyah bara panas membara,

Pedih, cukup sedih,
Dihiraukan segala kasih mesra,
Kerna cemburu itu buta,
Waima yang bermata pun membuta,
 Inikan cemburu tidak bermata.

Cemburu itu cukup sempurna,
Segenap penjuru secakerawala,
Segala segi pada dunia,
Cemburu Cinta
Cemburu Harta
Cemburu Kuasa
Cemburu Minda
Cemburu Usia
CUKUP!! Jangan kau senaraikan semua,
Hanya redup menanti kita,
Andai cemburu teman bercanda.

AHH! usah kau hirau cemburu buta,
Sekadar permainan iblis durjana,
Janji hakiki pada Ilahi,
Menjahanam hubungan sesama insani.

jangan cemburu-cemburu tau..

Tuesday 11 October 2011

Diawasi Tuhan

Manusia. Kita senang lupa kan. Senang sangat lupa. Tak cakap pada orang lain. Ini berkisar diri sendiri. Aduh, doa macam macam kita mintak. Itu lah, ini lah, mudah itu lah, mudah ini lah. Tapi habis doa, lepak lepak jap. Khayal sikit pastu mula lah lagha balik, buat dosa kering. Macam mana nak malbul doa? Kita beriman pada Allah bukan lah time solat belaka.solat sungguh sungguh, wirid macam macam, baca Quran , tapi tang yang lain lain, hubungan dengan orang, maksiat mata, telinga, Pahala yang dah buat tak sat lebur camtu je.

 Memang lah sekarang ni, kita pandang mana pun semua maksiat. Toleh kiri, toleh kanan, depan belakang, tv, internet. Exist everywhere , pervasiveness. Terpulang kat kita nak terus menatap atau toleh ke tempat lain. Jujur kata, sebagai ummat akhir zaman ni. Benda ni memang betul betul menduga iman. Tapi disebalik semua ini, muhasabah diri, rasa kan bahawa kita ini sentiasa DIAWASI TUHAN. Bila kita rasa diri kita ni sentiasa diawasi tuhan, confirm punya lah. Kita rasa berdosa setiap masa. Rasa diri ini hina dengan Tuhan. 

Senang kata macam ni lah,bila kita ada buat dosa je kan, cuba letak sekupang ke dua kupang ke dalam tabung (tabung yang kosong), pasti punyalah, dalam beberapa hari je dah penuh. Itu lah manusia. Itu tak masuk bab lain, baru dengan diri sendiri. Belum campur dosa kita bila dengan kawan kawan. lagilah.. Takpe laah, cukup kot buat entry ke dua ni. CHOP, sebelum tidur hari ni, refleks balik macam mana hubungan kita dengan Allah, macam mana kita rasa diri kita ni dengan Allah, macam tu lah hubungan Allah dengan kita.

Kita Nak Jadi Hamba Allah Yang Taat Pun Fail,
Inikan Menjadi Khalifah Di Bumi Allah.
InsyaAllah, ada doa usaha ikhtiar tawakal
muslim dan muslimah, ayuh kejar Redha ALLAH.
Kita mampu Menjadi Hamba dan Khalifah Yang  Di redhai.
AMIN YA RABBAL ALAMIN

yang baik datang dari Allah, yang buruk juga dari Allah namun dizahirkan pada rasasayang ini.:P 

Sunday 9 October 2011

Cebisan Hati Hamba

Hati Yang Meberontak.
Bukan Seperti Air Nyaman Yang Mengalir di Kedinginan Malam,
Bukan Juga Seperti Angin Salju Yang Menghembus Tulus,
Merupakan Hati yang Perit Tersepit Di Dalamnya,
Hati Yang Terkongkong Dalam Kepompong Sengsara.


Teriakan Sayu Kalbu,
Meruntuh Keutuhan Konkrit Emosi,
Umpama Jarum Mengerat Batu,
Hanya Kerana Hati Yang Memberontak, 
Hidup Dilalui Dengan Kesongsangan.


Hati Yang Memberonsang,
Mengeruhkan Air Muka Ketenangan,
Meggelodar Dari Penjara Kemurungan,
Menggelandang Keperitan Dengan Penuh Kepedihan,
Semua Kerana Hati Yang Memberontak.


Hanya Satu Sahaja Penawarnya,
Penawar Ajaib Lagi Berkuasa,
Munajat Kepada Yang Maha Kuasa,
Jika Berkata-Nya "JADI,MAKA JADILAH",
Maka Tersingkir Segala Kepedihan,
Lantas Terhapus Segala Keperitan.


Nescaya Pada-Nya Sahaja, 
Semua Pasti Terlaksana,
Tanpa Ragu,Ayuh Kita Beriman Kepada-Nya,
Kerana Dia Adalah ALLAH YANG MAHA ESA.


             jangan sampai hati terbakar,