Sunday 20 May 2012

Takyah nak main chak chak.

Assalamualaikum warahmatullah,

 Kita ingat nak main chak chak tadi kat blog kita ni, contoh nya: chak! lama tak jumpa kan! Tapi bila fikir balik mcm tebiat pulak.. HaHa. Kita bukan apa. Lama jugak tak tengok blog nie (kalau biasanya  org ckp "eh dah lama aku tak update blog, dh bersawang,berhabuk blog aku ni kan?")  Kita kan cuti.Jadi duduk rumah ni kadang-kadang rasa boring sebab tak ade benda nak buat banyak sebenarnya,buat mcm tak ada nak kerja, tengah tunggu cadbury ada kosong ke tidak.


Kenapa nak kerja?

    Mesti la, bila kerja dapat duit. Bila ada duit boleh lah berjimba jimba tu ape  haa jimba tu mcm kita nak berjoli lah. HaHa joli kita nak kemana pun, setakat beli baju, topup, makan, semua lah yang nak memuaskan nafsu duniawi ni. Bukan apa, kita ni dah besar, nak mintak duit ibu ayah selalu mintak jgn tak mintak pun malu lah jugak. Lepas utk diri sendiri okay lah, nak jalan, duit minyak sendiri ape semua, makan. Lagi satu kita target nak kerja nak buat bayar muka Myvi baru. Lawa kan? sila angguk Perancangan jelah, sebab lawa kot, nak bawak pun sedap. Plannya, kancil fortwo kita tu bagi kat adek, nnti ada duet lebih beli Myvi Lagi Best! tagline dia.
   Lagi satu kita rasa mcm menyusahkan pulak duduk rumah tak buat apa. Bila orang tanya "Ber,cuti buat apa?" kita hanya mampu jawab "Tak buat apa pun,duduk rumah je" haaa nampak tak? Mcm malu pun ada, awak tu dh besOr, kudrat pun ada, nak kata cacat, Alhamdulillah cukup semua. Kawan-kawan perempuan yg lain pun kerja. "Inikan lagi awak yg lelaki tuuu" ayat-ayat makcik2 kampung


So,tak kerja tu buat apa? Membuta letewww......

    HEYYY, ingat kita duduk rumah melenggang je ker? Tak, kita takdela menghabiskan beras je. Okay kita cerita schedule satu hari kita ye, pukul 6 cmtu bangun lah subuh eccehh awalnya konon2 then pukul 7 hantar ayah kita kerja kat Shah Alam, biasanya sampai rumah balik pukul 9, lama kan? dekat dalam kereta je dh dua jam sambil tu dgr JOHARA PAGI ERA,BESTTTT..
    So bila sampai rumah pukul 9 tu kita biasanya muhasabah diri sampai pukul 12 ke, 11 ke, ikut lah, kadang2 pergi kedai beli barang dapur tapi selalunya muhasabah diri la penat kan jem 2 jam hihihi pastu bangun sidai kain apa semua, mandi then solat zohor, makan, tengok tv ke, online ke, baca buku, then pukul 5 pergi Shah Alam balik ambil ayah. Biasanya sampai rumah maghrib sebab jem kan. So bila dh drive lama tu penat hihih. Malam mcm biasa lah lepak2 jelah. Hmm mcm tu lah hari-hari kita. Tu yg kita nak kerja. Boleh dapat duit. Duit penting kan? Money is not everything, tapi everything need money.
     Ni apa yang kita rancang la, hidup kita ni penuh dgn perancangan kan? Kita nak kerja nak dapat duet, boleh buat deposit kereta ke, nak saving ke, belanja kawan ke.hehe Antara Jadi dengan Tidak je. Kadang jadi, kadang tak jadi. Ada rezeki ada lah, takde rezeki mungkin ada lagi rezeki yang lebih besar menunggu.  
      Apa pun, kita kerja ke tak kerja ke. Solat kena jaga. Jgn tinggal. Kadang-kadang ada org tu tak kerja pun tak solat jugak, kadang-kadang ada orang tu kerja tapi jaga je solat dia. Ikut kesedaran sendiri. Kita kena jaga, kewajipan kan? Yang penting kita mengharapkan rezeki yang terbaik dari Yang Maha Perancang. Segalanya terletak pada Redha Allah.. Akhir Kalam, Jaza Kumullahu Khairan Kathira nanti kita cerita lagi yee:D



2 comments:

Shahrin Shahrani said...

kita tak kerja lagi, bila abam nak belanja kita?

syaf said...

ehem , kemain busy cik abang kita nie kan? haha ~