Saturday 3 December 2011

Hari Asyura

Hari Asyura?? Apa tu??
HARI ASYURA adalah hari kesyukuran yang mana Allah telah   mengangkat darjat hari ini kerana berlakunya peristiwa-peristiwa seperti :                                   

  • Diciptakan bukit-bukit,laut pada hari ini.
  • Diciptakan syurga dan neraka.
  • Diciptakan Luh Mahfuz pada hari ini.
  • Diciptakan Adam dan Hawa.
  • Allah memberi taubat kepada Nabi Adam.
  • Ditenggelamkan Firaun pada hari ini.
  • Kiamat pada hari ini.
  • Allah menerima taubat dan memberi keampunan kepada Nabi Adam setelah beratus-ratus tahun bertaubat.
  • Nabi Isa diangkat ke langit dan digantikan dengan Yahuza sebagai tanda penghormatan kepada Nabi Isa atas kekejaman Bani Israel.

dan banyak lagi peristiwa penting yang membuatkan hari ini begitu istimewa



Apa yang kite dapat kalau berpuasa HARI ASYURA?
  •  “Siapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid.
  •  Dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat.
  • Berpuasa pada hari ini dapat menghapus dosa kita setahun yang lalu seperti sabda Rasulullah S.AW  Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim no. 1975)

     Eh eh, belum habis lagi. Kita pun dianjurkan untuk berpuasa pada hari sebelum Hari Asyura tau yang dikenal sebagai Hari Tasua. Dan hikmah bepuasa Hari Tasua ialah seperti berikut=
  1. Untuk mengelak persamaan dengan orang Yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh je
  2. Sebagai penyambungan puasa dgn Hari Asyura dgn hari-hari lain sebagaimana kita dilarang berpuasa pada Hari Jumaat je.
  3. utk elakkan kesilapan perhitungan hari seperti hari kesembilan dalam kalendar tapi sebenarnya dah hari kesepuluh.
  4. Namun alasan yang paling kuat ialah untuk mengikut sunnah Rasulullah yg mahu mengelakkan persamaan dgn org yahudi dan kristian yang turut berpuasa dan menyambut hari Kesepuluh ini sebagaimana sabda Rasulullah Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan.” (HR. Muslim).
Ni la sedikit sebanyak yang boleh aku list kan, rujuklah lagi utk keterangan lebih lanjut. Pada dasarnya, Puasa di Hari Asyura sangat-sangatlah dituntut dan jika tidak memberatkan ummat baginda, nescaya akan diwajib kan. Oleh kerana khuatir memberatkan ummatnya, maka hukumnya adalah Sunnah.