Tuesday 11 October 2011

Diawasi Tuhan

Manusia. Kita senang lupa kan. Senang sangat lupa. Tak cakap pada orang lain. Ini berkisar diri sendiri. Aduh, doa macam macam kita mintak. Itu lah, ini lah, mudah itu lah, mudah ini lah. Tapi habis doa, lepak lepak jap. Khayal sikit pastu mula lah lagha balik, buat dosa kering. Macam mana nak malbul doa? Kita beriman pada Allah bukan lah time solat belaka.solat sungguh sungguh, wirid macam macam, baca Quran , tapi tang yang lain lain, hubungan dengan orang, maksiat mata, telinga, Pahala yang dah buat tak sat lebur camtu je.

 Memang lah sekarang ni, kita pandang mana pun semua maksiat. Toleh kiri, toleh kanan, depan belakang, tv, internet. Exist everywhere , pervasiveness. Terpulang kat kita nak terus menatap atau toleh ke tempat lain. Jujur kata, sebagai ummat akhir zaman ni. Benda ni memang betul betul menduga iman. Tapi disebalik semua ini, muhasabah diri, rasa kan bahawa kita ini sentiasa DIAWASI TUHAN. Bila kita rasa diri kita ni sentiasa diawasi tuhan, confirm punya lah. Kita rasa berdosa setiap masa. Rasa diri ini hina dengan Tuhan. 

Senang kata macam ni lah,bila kita ada buat dosa je kan, cuba letak sekupang ke dua kupang ke dalam tabung (tabung yang kosong), pasti punyalah, dalam beberapa hari je dah penuh. Itu lah manusia. Itu tak masuk bab lain, baru dengan diri sendiri. Belum campur dosa kita bila dengan kawan kawan. lagilah.. Takpe laah, cukup kot buat entry ke dua ni. CHOP, sebelum tidur hari ni, refleks balik macam mana hubungan kita dengan Allah, macam mana kita rasa diri kita ni dengan Allah, macam tu lah hubungan Allah dengan kita.

Kita Nak Jadi Hamba Allah Yang Taat Pun Fail,
Inikan Menjadi Khalifah Di Bumi Allah.
InsyaAllah, ada doa usaha ikhtiar tawakal
muslim dan muslimah, ayuh kejar Redha ALLAH.
Kita mampu Menjadi Hamba dan Khalifah Yang  Di redhai.
AMIN YA RABBAL ALAMIN

yang baik datang dari Allah, yang buruk juga dari Allah namun dizahirkan pada rasasayang ini.:P 

2 comments:

Muhammad Adam bin Roslan said...

sebab tu Nabi Muhammad bersabda kita ni umat yang paling mulia.. :)

rasasayang said...

betul adam..khaira ummah